Sebotol minyak asmak untuk anak



PARU PARU CLEAR

Suatu kisah seorang ibu.



'Alangkah bahagianya hati bila mendengar ayat dari Dr.pakar kanak kanak yang merawat imran selama lebih setahun itu. Selama ini, perkataan yang terdengar dari mulut beliau hanya lah ‘crep’bila stetoskop dipasang pada dada sebelah kiri imran.

Imran mula batuk sejak berusia 7 bulan. Sebelum ini, imran pernah di tahan di wad kanak kanak sebanyak 2 kali. Kedua duanya adalah disebabkan jangkitan kuman. Kali ke dua lebih lama berbanding kali yang pertama. Demam sehingga 40 darjah membuatkan doktor melakukuan ujian lumber puncture dimana Dr mengambil sampel air tulang belakang imran.

Alhamdulillah, kuman tidak menjangkiti sampai ke otak. Hati ibu mana yang tidak sedih melihat bermacam-macam ujian yang dilakukan keatas anak sekecil itu. Badan nya lemah tak bermaya, taknak menyusu, tak nak makan, Cuma bergantung pada drip yang dimasukkan melalui salur darah. Setiap 6 jam antibiotic dimasukkan juga melalui salur darah. Belum termasuk ambik darah untuk tujuan ujikaji. Adakanya imran menangis nangis dan merengek kesakitan apabila antibiotic yang kuat dimasukkan. Ada sesetengah antibiotic memakan masa hampir sejam untuk dihabiskan. Di cucuk perlahan lahan untuk mengurangkan rasa sakit.

Kali kedua di masukkan ke hospital, jangkitan paru paru imran semakin merebak. Kali ini, segala jenis antibiotic sudah tidak berkesan untuknya. Sehinggakan Dr memberi ubat anti-TB walaupun ujian TB negatif. Imran discaj dari hospital dan dibekalkan dengan ubat tersebut. Selama 8 bulan. Namun selepas 8 bulan, hasil x ray menunjukkan tiada sebarang perubahan dan akhirnya dr berkata, ‘setakat ini yang kita dapat selamatkan’. Kita yang sihat mempunyai 2 paru-paru, namun paru-paru imran yang normal adalah hanya satu (kanan) dan suku (kiri). Dan batuk nya masih belum sembuh sepenuhnya. Owh sedihnya hati.

Dr menasihatkan supaya memberi extra penjagaan pada imran. Pendek kata,paru-paru imran mudah dijangkiti kuman. Memang betul kata dr, setiap kali terkena selesema, pasti imran akan demam panas dan lemah badan dan hilang selera makan. Walaupun telah di beri vaksin influenza dan pneumococol, namun imran masih kerap demam.

Sememangnya sebagai ibu, saya sentiasa mencari alternative untuk menyelesaikan masalah ini termasuklah mencuba segala petua dan cadangan orang-orang terdekat dan rakan rakan.

Sehinggalah saya terbaca post FB kawan saya tentang minyak herba asmak. Testimoni nampak menarik. Banyak yang berhasil. Saya pun membeli sebotol. Harganya agak mahal jika dibandingkan dengan minyak-minyak yang biasa. Namun apa salahnya mencuba. Duit boleh d cari.
Hasilnya, sejak menggunakan minyak herba asmak  ini dengan konsisten, imran dah jarang batuk dan demam. Baru baru ini, Dr mengatakan yang paru-paru iman adalah “CLEAR”. Syukur Alhamdulillah.

Minyak herba asmak memang agak mahal. Tapi sehelai shawl kita ada yang lebih mahal dari itu. Mampu membeli nelopah, gulaskaf, sudah tentu mampu untuk membeli sebotol minyak herba ni.'

Terima kasih kepada yang sudi membaca.





Comments

Popular Posts