TIPS CEPATKAN BUKAAN DAN BERSALIN NORMAL TANPA JAHITAN

Pengalaman pertama lahirkan anak tanpa jahit. 

Kelahiran yang sangat mudah dan menyeronokkan.  Anak no 4, walaupun beratnya lebih berbanding kakak dan abang-abangnya, tapi Alhamdulillah dipermudahkan dan tanpa sikit pun jahitan. Yang lain-lain ade jugak walaupun tak banyak. Harap kali ni pun tanpa jahit. Ade ke yang tak tahu jahitan bersalin ni? Yang ibu-ibu confirmlah sedia maklum. hehe. 

Jahitan bersalin atau biasa ibu-ibu gerun ialah jahitan episiotomi, misi atau doktor akan buat sedikit potongan pada perineum, jalan nak keluarkan baby tu. Tujuannya untuk melebarkan laluan agar mudah untuk bayi keluar dan mengelakkan koyakan yang lagi banyak.

Jom Kak Nik kongsi sikit macamne nak elakkan dari dijahit ni. Bunyi pun dah serikkkk.

Teknik pernafasan yang betul
Bagi orang yang ade asma lagi lah fail bab ni. Tapi usah risau, doa banyak-banyak. Semua kuasa Allah kan. Letak 100 peratus pergantungan kita padaNya. Alhamdulillah saat melahirkan keempat-empat anak langsung tiada serangan asma. Amalkan doa Nabi yunus dan banyakkan baca surah Maryam. Bacalah setiap malam sampai saat nak bersalin. Ok, kak nik kongsi sikit cara pernafasan yang betul ye, Tarik nafas dalam kiraan 5, lepaskan dalam kiraan 8. Hembusan yang lebih perlahan adalah lebih bagus. Kekalkan ritma pernafasan ini. Seeloknya, hembusan nafas lebih panjang daripada tarikan nafas. 
Meneran dengan betul
Cara meneran yang betul sangat penting untuk mengelakkan koyakan perineum atau episiotomi. Pastikan anda kekalkan pernafasan yang tenang dan elakkan meneran sebelum mendapat isyarat daripada doktor kerana ia boleh mencederakan bahagian perineum. Rapatkan dagu ke bahagian dada Biarkan belakang badan menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda akan meneran mengikut arahan doktor. Semasa kontraksi, tarik nafas dan teran selama mana yang boleh. Lakukan 2-3 kali dalam satu tempoh kontraksi. Jaga-jaga dari mengangkat punggung ketika meneran kerana ia boleh mengakibatkan koyakan. Pegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat semasa meneran.
Amal minyak zaitun/minyak kelapa dara. Sesetengah para ibu percaya akan kebaikan meminum minyak zaitun dan minyak kelapa dara untuk memudahkan proses bersalin. Kebiasaannya amalan meminum minyak ini dilakukan pada trimester yang terakhir.
Tenaga yang cukup. Pastikan sebelum memasuki labor room anda sudah pun makan. Ini kerana proses kelahiran mungkin mengambil masa yang agak panjang dan anda memerlukan tenaga yang cukup untuk proses meneran.
Bila dah rasa tiba saat-saat nak bersalin. Gerakan baby pun dah semakin kerap. Amalkan tips-tips kat bawah ni ye untuk cepatkan bukaan.
Banyakkan berjalan. Banyakkan berjalan agar bukaan rahim cepat terbuka.
Amalkan doa Nabi Yunus a.s
Meminta maaf dengan orang sekeliling. Mintalah maaf dengan para sahabat dan saudara mara. Terutama sekali kepada suami. Minta dihalalkan makan dan minum. Proses bersalin ni diibaratkan seperti sebuah perjuangan untuk melahirkan seorang mujahid Islam
Baring mengiring ke kiri. Mengiring ke kiri semasa kontraksi bagi memudahkan proses bersalin
Banyakkan bersujud. Kerapkan bersujud untuk menaikkan uri, menurunkan bayi ke laluan yang betul dan hanya kepadaNya kita memohon pertolongan untuk bersalin.

Comments

Popular Posts