Rawatlah asma anda









Apa Yang Akan Terjadi Apabila Asma Tidak Dirawat?

Ada beberapa perkara serius yang akan terjadi apabila asma tidak dirawat dengan baik. Dan perkara-perkara tersebut semuanya mempengaruhi hidup si penghidap asma.


Gangguan kualiti tidur

Tidur yang berkualiti adalah kunci kepada kualiti kerja. Tiada orang yang boleh bekerja dengan baik dalam keadaan mengantuk.



Kurangnya aktiviti fizikal

Apabila aktiviti fizikal berkurang, maka risiko obesity akan meningkat. Siapa kata obese bagus? Biasanya mereka yang obese akan mempunyai masalah-masalah lain di kemudian hari seperti sakit jantung, kencing manis dan sebagainya.



Perubahan di salur udara

Serangan asma yang semakin kerap akan mengubah struktur salur udara dalam jangka masa panjang. Dan biasanya, perubahan ini adalah kekal sepanjang hayat. Apabila salur udara berubah dan rosak, peparu akan mengalami kekurangan oksigen dan menjadi rosak dalam jangka masa panjang.



Hospital

Tahukan anda, asma adalah sebab ketiga terbesar kanak-kanak dimasukkan ke hospital di US. Dan mereka tidak akan dibenarkan balik selagi mereka tidak dapat bernafas seperti normal.



Kematian

Ada satu pertubuhan di US yang menemui kadar kematian disebabkan asma, iaitu 9 orang mati disebabkan asma setiap hari. Jika di Malaysia, mungkin lebih sedikit jumlahnya. Kebanyakan kematian tersebut adalah kematian yang boleh dielakkan dengan rawatan yang sepatutnya.


#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak
#AsmakBesut

Comments

Popular Posts